Pencuci muka untuk kulit sensitif

Mempunyai kulit sensitif memerlukan komitmen yang tinggi dari segi penjagaan kulit. Tapi, dengan menggunakan produk pencuci muka untuk kulit sensitif ianya boleh diatasi.

Maksud komitmen ini bukanlah dari segi wang ringgit, tapi lebih kepada dari segi cara kita menjaga kulit sensitif dengan betul dan tahu produk untuk kulit sensitif.

Masalah kulit sensitif ni tidak boleh dipandang enteng. Jika dibiar berlarutan, tanpa sebarang rawatan, kulit ini akan menjadi lebih parah yang memerlukan anda untuk mendapatkan rawatan klinikal.

Pernah dengar orang yang mengalami sakit kanser kulit? Yes, ini boleh berlaku sekiranya kulit sensitif tidak dijaga dan dirawat daripada peringkat awal.

Dalam entri kali ini, kami akan kongsikan PENCUCI MUKA untuk kulit sensitif

Sebelum itu, untuk memilih produk muka yang sesuai, perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah kenal pasti jenis kulit. Jangan terkejut.

Masih ramai tak tahu kulit mereka jenis apa. Apabila kurangnya pengetahuan tentang jenis kulit, maka timbullah masalah-masalah kulit tidak sesuai dengan produk salah.

Ada yang berkulit normal, kulit berminyak, kulit kering, kulit sensitif dan bermacam-macam lagi.

Jika tersalah pilih produk, ia boleh memudaratkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Bagaimana nak ketahui anda punyai kulit sensitif? Perhatikan ciri-ciri ini:

  1. Rasa gatal dan pedih. Sekiranya anda merasakan kulit gatal dan pedih, ini berkemungkinan besar kulit anda  sedang mengalami iritasi hasil daripada penggunaan produk-produk yang tidak bersesuaian dengan kulit sensitif. Tips penting: Apabila gatal, jangan garu! Sebaliknya, sapukan pelembab.
  1. Sangat kering. Perhatikan keadaan kulit pada waktu siang. Apabila kulit anda kelihatan sangat kering dan bersisik, ia merupakan ciri-ciri kulit sensitif yang memerlukan penjagaan yang rapi.
  1. Mudah sunburn. Individu yang mempunyai kulit yang sensitif akan mudah sunburn apabila terdedah dengan cahaya matahari. Kulit yang sudah mempunyai iritasi dan terdedah dengan matahari mempunyai kesan yang lebih berbahaya.
  1. Kulit muka kemerah-merahan. Kebanyakkan individu yang mempunyai kulit sensitif akan mendapati kemerahan pada muka. Ini terjadi apabila kulit sensitif memberi reaksi kepada produk muka yang tidak sesuai digunakan.

5. Mudah breakout.  Individu-individu yang mempunyai kulit sensitif lebih terdedah untuk breakout.

Ini kerana kulit jenis ini tidak mempunyai kelembapan yang mencukupi. Apabila kelembapan tidak mencukupi, masalah jerawat boleh timbul.

Jika kulit anda mempunyai ciri-ciri ini, ketahuilah bahawa kulit anda adalah kulit sensitif yang memerlukan penjagaan rapi tidak sama dengan penjagaan jenis kulit yang lain.

Sebelum kulit anda menjadi lebih teruk, ini produk pencuci muka untuk kulit sensitif

1. Noir Whitening Gel Hydrant Advance Formula

Kelembapan kulit adalah salah satu faktor yang penting dalam menjaga kulit sensitif. Ini kerana apabila kulit menjadi sensitif, ia lebih cenderung untuk menjadi kering.

Apabila berlakunya kekeringan pada kulit, keradangan amat mudah untuk berlaku.

Kaya dengan ekstrak bunga, Chamomilla Recutita, Noir Whitening Gel Hydrant Advance Formula berfungsi sebagai pelembab dan penyembuh kepada kulit sensitif.

Ini kerana, kulit sensitif sangat sinonim dengan berlakunya iritasi yang pedih dan gatal. Chamomilla Recutita yang ada dalam pelembab ini berfungsi sebagai ejen pelindung daripada keradangan berlaku pada kulit sensitif.

2. Noir Malachite Crystal Cleanser

Buat anda yang taktahu, cleanser ini mengandungi 90% mineral kristal malachite. Nah, mesti anda tertanya-tanya, apa pula kristal malachite ni?

Kristal malachite ini adalah batu semi-hijau biru yang merupakan antara bahan popular yang telah lama digunakan dalam produk-produk penjagaan kulit kerana fungsinya yang mampu mengekalkan tahap pH pada kulit kita.

Apabila kita mempunyai kulit sensitif, kulit selalunya menjadi kering. Tompok-tompok kering akan timbul pada wajah.

Kristal Malachite ini berfungsi sebagai agen yang mengekalkan tahap pH pada kulit dan memberi kelembapan.

3. NOIR SKIN REFINING ESSENCE

Apa yang menarik dengan essence ini adalah, ia mengandungi Yies Beras. Bahan ini amat popular di Jepun sebagai rawatan kulit.

Mana tidaknya, Yies Beras ini mampu melindung kulit daripada kulit kering yang sering terjadi pada individu-individu yang mempunyai masalah kulit sensitif.

Noir Skin Refining Essence juga mengandungi Tea Tree Oil yang dan mengurangkan iritasi, kegatalan dan kepedihan pada kulit sensitif.

4. Matricaria Glowing & Firming Face Mist

Buat anda yang sukakan kosmetik tapi mempunyai kulit sensitif, Matricaria Glowing & Firming Face Mist sememangnya untuk anda.

Face mist memberikan kesan segar, dan kelembapan pada wajah serta memberi efek glowing kepada si pemakai.

Face mist ini juga kaya dengan BetaineBetaine ini berfungsi sebagai pelembab yang membantu kulit anda memperoleh dan mengekalkan kelembapan, sesuai untuk kulit sensitif.

Bukan itu saja, Betaine juga amat berguna dalam menjadi ejen anti penuaan dalam membantu mencegah kedutan.

5. NOIR UV WHITE FOUNDATION

Kulit sensitif sememangnya tidak boleh terdedah dengan sinaran matahari yang berbahaya. S

ebab itu pentingnya sunscreen! Kulit sensitif yang terdedah dengan dengan sinaran matahari boleh berisiko bukan sahaja masalah keradangan kulit, malah jeragat, dan juga kanser kulit sekiranya tiada penjagaan dilakukan.

Memilih sunscreen juga ada caranya. Individu yang mempunyai kulit sensitif perlu memilih sunscreen yang mempunyai formula khas yang dapat membantu melindungi kulit.

Noir UV White Foundation mengandungi Vitamin A, Vitamin B17 dan Vitamin E yang berfungsi sebagai pelembab kulit. Vitamin-vitamin ini perlu dalam pemilihan sunscreen untuk kulit sensitif bagi menjaga kulit daripada terdedah dengan bahaya.

Semoga perkongsian kali ini dapat memberi input kepada anda yang mempunyai masalah kulit sensitif.

Selamat mencuba!

P.s. Jika and perlukan konsultasi percuma sila WhatsApp Zoe di https://kliksini.my/ZoeNoir

Credit: Noir HQ

Tips penjagaan muka

Penggunaan skincare sahaja tak cukup, pastikan korang ikuti tips penjagaan muka ini juga ya!
Bagaimanakah cara atau tips penjagaan kulit muka yang betul? Kalau kulit anda bermasalah dan mahukan tips untuk mengatasinya, teruskan membaca!

Semua orang pasti mahukan muka yang bersih, tidak berjerawat dan berjeragat. Pendek kata, flawless. Betul tak? Tapi, sebenarnya tak semudah tu nak dapatkan kulit bersih macam orang Korea. Perlukan banyak effort tau!

Sebenarnya, nak cantik tak semestinya kena pakai produk yang mahal. Hanya perlu rajin. Kalau korang amalkan 10 tips penjagaan kulit muka dalam artikel ni, dalam masa 2 minggu sahaja dah boleh nak perbezaannya.

“Penting ke jaga muka?” Mestilah penting. Muka ni adalah sebahagian daripada penampilan kita. Takkan kita nak tunjuk yang tak cantik kan?

Dalam kehidupan seharian, kita berdepan dengan ramai orang. Jadi, memang penting untuk kita jaga muka kita. Eh, bukan muka je. Semua lah kiranya! Tapi, dalam artikel ni kita focus tips penjagaan kulit muka dulu okay.

Bila kulit cantik, make up yang diperlukan pun minimal je. Walaupun make up simple, muka masih boleh nampak berseri seri. Nak dapatkan kulit yang berseri tanpa makeup, ini lah yang perlu anda lakukan!

Tips penjagaan kulit muka dengan betul ini perlu dipraktikkan hari hari agar lebih cepat untuk korang dapatkan kulit yang berseri seri tanpa penggunaan make up.

Dah ready? Okay, let’s go!

1. Fahami Jenis Kulit
Ketahui dulu kulit kita jenis apa. Berminyak ke? Kering ke? Atau sensitif? Normal kah? Yang ni sangat penting.

Bila kita dah tahu kulit kita jenis apa, baru lah kita tahu produk apa yang sesuai untuk digunakan.

2. Wajib Pakai Moisturizer
Yang ni adalah step yang paling penitng! Semua jenis kulit wajib menggunakan moisturizer.

Ramai yang cakap kulit berminyak tak perlukan moisturizer. Dengan alasan minyak semula jadi yang ada pada kulit dah mencukupi.

Tak ye.. tak mencukupi lagi. Kena guna moisturizer untuk seimbangkan minyak pada kulit tu.

Kalau ada yang cakap penggunaan moisturizer akan buat kulit lagi berminyak, itu salah ya. Malah, penggunaan moisturizer akan seimbang minyak pada kulit kita.

3. Pilih Cleanser Yang Bagus
Cleanser yang bagus ialah cleanser yang mengadungi bahan yang memang elok untuk kulit kita. Cari cleanser yang mengandungi bahan yang sesuai dengan jenis kulit kita.

Selain itu, cleanser yang bagus adalah cleanser yang rendah nilai pH nya. Antara pH4-6 sahaja. Kenapa tak boleh gunakan cleaser yang nilai pH lebih dari 6? Sebab lebih tinggi nilai pH itu, cleanser itu lebih acidic.

Apabila kita menggunakan cleamser yang bersifat acidic, kulit kita akan terjejas dan mudah untuk timbul jerawat. Kalau nak test nilai pH cleanser, boleh gunakan pH Test Strip.

4. Minum Air Kosong Banyak Banyak
Ini adalah tips paling mudah nak buat! Hanya perlu minum air kosong banyak banyak. Air kosong ni boleh “flush out” toxin dalam badan kita. Kalau nak cantik luaran, dalaman pun kena cantik juga! Barulah balance.

5. Kurangkan Pengambilan Gula
Para saintis menyimpulkan bahawa pengambilan gula yang banyak boleh menyebabkan obesiti, kencing manis dan bukan itu sahaja, malah boleh memberi kesan negatif pada kulit seperti jerawat dan kulit kusam.

Ini adalah kerana keindahan dan keanjalan kulit secara langsung bergantung kepada cecair yang diterima oleh badan kita.

Pengambilan gula yang banyak akan membuat kulit menjadi kering dan mudah untuk garis halus muncul di kulit wajah kita.

6. Makan Sayur & Buah Buahan
Selain minum air kosong banyak banyak, makan sayur dan buah buahan dengan kuantiti yang banyak pun memang bagus untuk kulit. Kenapa?

Ini adalah kerana sayur dan buah buahan mengandungi banyak vitamin dan nutrien yang diperlukan oleh kulit kita.

Tahukah anda, rahsia cantik yang sebenar datang dari pemakanan yang sihat dan ckup nutrisi? Jadi, pengambilan sayur dan buah buahan sangat penting.

7. Pakai Sunblock
Penggunaan sunblock sangat penting untuk kulit wajah walaupun hanya duduk di rumah. Sunblock merupakan produk yang paling bagus untuk anti-penuaan.

Ini adalah sebab kenapa kita perlu menggunakan sunblock.

Hindari kulit nampak kusam, tak bermaya, gelap ataupun sunburn
Hindari kulit kita berkedut seawal 30 tahun
Hindari pertumbuhan jerawat
Hindari kanser kulit

8. Gunakan Essence
Selepas mencuci muka, gunakan essence pada kulit wajah. Essence mengandungi bahan aktif yang boleh merawat masalah kulit yang korang hadapi. Penggunaan essence juga akan beri efek glowing dan akan meningkatkan hidrasi pada kulit.

9. Menggunakan Air Suam Ketika Mencuci Muka
Untuk dapatkan kulit yang lagi cantik, basuh muka menggunakan air yang suam. Tujuannya adalah untuk membuka pori pori supaya kotoran yang melekat di dalam liang pori dapat dibersihkan semasa kita mencuci muka.

10. Dapatkan Tidur Yang Mencukupi
Ini adalah antara tips yang paling best! Nak cantik, kena dapatkan tidur yang mencukupi. Kalau korang kurang tidur, muka akan menjadi sembab, hilang seri, kusam dan tak bermaya.

Beauty sleep sememangnya amat penting kalau korang mahukan kulit yang cantik, berseri dan sihat.

Inilah 10 tips penjagaan muka yang ingin kami kongsikan dengan anda untuk kali ini. Semoga bermanfaat!

Amalkan 10 tips ini dan in sha allah selepas 14 hari, kulit anda akan kelihatan cantik, bersih dan awet muda. Selamat mencuba!

– Zoe –

Credit: Noir HQ

 

Pencuci muka untuk kulit kering

Apabila korang menghadapi masalah kulit kering, penting untuk korang ambil tahu akan produk untuk kulit kering.

Apakah punca kulit kering? Sebelum mengetahui pencuci muka untuk kulit kering yang harus digunakan untuk mengatasi masalah kulit kering, ketahui dahulu faktor yang menyebabkan kulit kering agar lebih mudah mengatasi masalah kulit kering.

Selain kulit berminyak, kulit kering merupakan kulit yang tidak disukai ramai. Kenapa?

Kerana kulit kering menjadikan tekstur kulit kelihatan merekah, mengelupas dan akan menimbulkan garis garis halus pada wajah.

Taknak kelihatan ‘tua sebelum usia’? Sebab tu, penting untuk kita tahu produk untuk kulit kering.

Faktor faktor yang menyebabkan kulit kering ialah kerana persekitaran, usia, kesihatan atau jenis ubat yang sedang diambil.

Selain itu, kekurangan air juga memberi kesan pada badan dan keadaan kulit terutama kulit wajah. Apabila kulit kita kering, wajah pun akan menjadi kusam, kasar dan kering.

Bagi mereka yang menghadapi masalah kulit kering tentunya berasa kurang selesa. Ini adalah kerana kulit terasa pedih dan hangat.

Keadaan akan menjadi lebih teruk apabila di kala cuaca panas kerana sudah tentunya akan berpeluh sehingga menyebabkan kulit wajah rasa tidak selesa.

Sebab itulah bagi yang menghadapi masalah kulit kering, penting untuk korang tahu cara penjagaan kulit wajah dengan cara yang betul.

Selain itu, penggunaan produk pencuci muka untuk kulit kering juga amat penting bagi memastikan kulit wajah kekal lembap dan tidak kering.

Pernah tak mengalami kulit kering sehingga mengelupas? Sehingga menganggu aktiviti harian? Kulit kering sehingga rasa gatal gatal, kemerah merahan dan kulit rasa terlalu kasar?

Penggunaan produk kecantikan sahaja tidak akan dapat membantu jika..

  1. Tidak hindari mandi dengan air panas. Nak tahu kenapa? Air panas akan mengurang kan minyak semula jadi yang ada pada kulit. Sama juga dengan mandi terlalu lama. Mereka yang mengalami masalah kulit kering disarankan untuk mandi dengan air yang suam selama 5 – 10 minit sahaja.
  2. Menggunakan produk kecantikan yang mengandungi alkohol. Alkohol dalam produk kecantikan akan mengeringkan lagi kulit wajah, jadi, hindarkan kerana ia akan membuatkan kulit mengalami iritasi sehingga kering.
  3. Tidak menggunakan pelembab. Kalau korang mengalami masalah kulit kering, pelembab harus menjadi bestfriend korang! Setiap kali kulit terasa kering, cepat cepat gunakan pelembab.
  4. Tidak merawat kulit di malam hari. Merawat kulit tidak hanya diperlukan pada siang hari, tetapi pada waktu malam juga. Sebelum tidur, bersihkan wajah dari sisa kosmetik dan kotoran lain agar tidak menimbulkan jerawat. Ingat! Gunakan pencuci muka yang bebas dari alkohol dan gunakan pelembab setelah mencuci muka.
  5. Tidak lindungi kulit dari penghawa dingin. Penghawa dingin akan mengurangkan lagi kelembapan kulit dan akhirnya akan membuat kulit jadi lebih kering. Jika anda bekerja di ofis di mana penghawa dingin terlalu sejuk, gunakan sahaja pelembab setiap kali kulit terasa kering.
  6. Tidak beri nutrisi pada kulit dari dalam. Bukan sahaja luaran yang perlu dijaga, dalaman pun perlu. Ada beberapa makanan yang diketahui mengandungi nutrisi penting untuk menjaga kesihatan kulit, di antaranya makanan kaya dengan anti oksida dan Omega 3. Beberapa makanan yang terbukti dapat beri kesihatan kulit ialah blueberries, tomato, dan kekacang. Dan yang paling penting, jangan lupa minum air untuk kekal hidrasi.

Bagaimana pula dengan produk untuk kulit kering?

#1 Noir Malachite Crystal Cleanser

Mengandungi 90% mineral kristal malachite. Mineral kristal malachite merupakan batu semi-hijau biru hijau yang merupakan salah satu bahan yang popular dan sudah lama digunakan di luar negara kerana kebaikannya untuk menyingkirkan kotoran pada kulit wajah.

Fungsi mineral kristal malachite adalah untuk mengekalkan tahap pH pada kulit kita. Tahukah anda pH kulit kita adalah sekitar 5.5? Dah pH kulit haruslah dikekalkan untuk mengelakkan kulit kering.

kulit kering

#2 NOIR SKIN REFINING ESSENCE

Melaleuca Alternafolia (Tea Tree) Leaf Oil atau lebih dikenali sebagai Tea Tree Oil. Tea Tree Oil dapat menenangkan kulit dan mengurangkab kegatalan dan kerengsaan akibat kulit kering.

Selain dapat merawat kulit kering, Tea Tree Oil juga popular akan keberkesanannya untuk merawat jerawat kerana ia bersifat anti-radang dan antimikroba.

Ia juga membantu merawat kemerah merahan pada kulit dan bantu mengurangkan bekas jerawat.

Selain itu, Noir skin Refining Essence juga mengandungi Yies Beras. Yies Beras amat kaya dengan kebaikkan dalam melindungi kulit kering, dan membaik pulih tekstur kulit.

Kalau nak tahu, Yies Beras terkenal pada zaman dulu kala di Jepun untuk melembabkan kulit kering.

#3 Noir Whitening Gel Hydrant Advance Formula

Moisturizer ini mengandungi Glycerin di mana ia merupakan salah satu bahan yang biasa digunakan hampir kesemua produk kecantikan. Glycerin adalah salah satu bahan yang memang terbukti merawat kulit kering.

Glycerin adalah pelembab yang sangat baik untuk kulit. Jika digunakan secara konsisten, kulit akan menjadi lembab dan segar dan anda boleh ucap selamat tinggal pada masalah kulit kering!

Bukan itu sahaja, glycerin juga bantu mengekalkan pH kulit anda.

#4 Noir UV White Foundation

Kalau menghadapi masalah kulit kering, sunscreen memang penting dalam skincare routine.

Apabila kulit kita kering, kulit lebih sensitif dan mudah terdedah pada masalah kulit lain seperti jeragat dan kanser kulit jika tidak menggunakan sunscreen.

Apabila memilih sunscreen yang sesuai, pilih lah sunscreen yang ada formula khas untuk melembabkan kulit wajah.

Noir UV White Foundation mengandungi Vitamin C, Vitamin B17 dan Vitamin E yang bertindak untuk melembabkan kulit. Apabila kulit dilindungi dari sinaran UV, masalah jeragat dan kanser kulit pun tak akan berlaku.

produk untuk kulit kering

#5 Noir Pure White

Selain menjaga luaran, dalaman pun penting. Berikan nutrisi yang cukup dengan Noir Pure White.

Noir Pure White merupakan supplement minuman yang mengandungi buah Camu Camu yang merupakan buah kedua tertinggi kandungan Vitamin C!

Vitamin C bagus untuk kulit kering kerana ia bertindak sebagai bahan aktif yang akan melembabkan kulit dari dalam. Apabila lembab dari dalaman, kulit wajah pun akan kelihatan lembab di luaran.

kulit kering

Ikuti  6 langkah ini dan cuba 5 produk yang disenaraikan secara konsisten dan pasti masalah kulit kering dapat diatasi.

Selamat mencuba!

– Zoe – 

Credit: Noir HQ

Moisturizer untuk kulit berminyak? Ini tips kami!

Moisturizer untuk kulit berminyak? Berikut adalah 5 petua kami untuk melembapkan kulit berminyak dengan cara yang betul.

Minyak di kulit anda adalah salah satu aset paling berharga anda, asalkan dijaga dengan baik boleh menjadi berkat kerana ia akan membantu memperlahakan proses penuaan kulit anda dan kelihatan lebih muda lebih lama. Perkara yang penting dengan kulit berminyak adalah memastikan anda menghidratkannya tanpa menambahkan minyak tambahan dari produk lain. Tanpa kelembapan kulit anda akan mengalami dehidrasi dan mula menghasilkan lebih banyak minyak.

Kulit berminyak disebabkan oleh pengeluaran sebum yang berlebihan dari kelenjar sebum (minyak) anda. Lebihan sebum ini boleh disebabkan oleh banyak faktor seperti tekanan, diet yang buruk, pergeseran hormon, pencemaran, dan penjagaan kulit yang tidak betul. Dengan menggunakan pelembap yang betul pada kulit anda, kadar sebum anda akan mula berkurang dan kulit anda akan menjadi kurang berminyak.

Berikut adalah 5 petua kami untuk melembapkan kulit berminyak:

  • Pilih moisturizer untuk kulit berminyak yang sesuai. Anda mempunyai dua pilihan utama, berasaskan air atau berasaskan minyak. Sekiranya kulit anda berminyak, anda harus mencari pelembap yang berasaskan air, kerana ini jlebih sesuai jika dibandingkan dengan yang berasaskan minyak. Pelembap berasaskan air dengan humectants semula jadi seperti Manuka Honey lebih baik. Manuka Honey menarik kelembapan dari udara dan mengunci penghidratan tambahan pada kulit anda, ini menggandakan hidrasi.
  • Formulasi pelembap ringan adalah cara yang tepat. Krim dan losyen berat akan berlebihan untuk kulit anda; apabila krim terlalu banyak, liang-liang anda tidak dapat menyerapnya, mengakibatkan produk itu berada di atas kulit anda.
  • Gunakan pelembap non-comedogenic, yang bermaksud ia tidak menyumbat liang atau menyebabkan jerawat. Produk dengan peratusan bahan semula jadi yang tinggi dalam perumusannya, cenderung menjadi yang terbaik kerana mempunyai molekul yang lebih kecil dan oleh itu dapat menembusi kulit dengan lebih baik dan tidak menyebabkan pori tersumbat. Untuk mengetahui sama ada produk mengandungi bahan non-comedogenic atau tidak, cara terbaik adalah membiasakan diri dengan ramuan anda. Mentega kelapa, minyak alpukat dan minyak zaitun adalah bahan penjagaan kulit yang biasa terdapat dalam pelembap yang mungkin bersifat comedogenic . Perlu diingat, bahan comedogenic hanya boleh mengandungi 2% dari formulasi dan oleh itu formulasi secara keseluruhan adalah non-comedogenic .
  • Jangan ganggu fungsi kulit anda, sebaliknya bantu prosesnya. Produk kimia dan sintetik akan mengeringkan kulit anda dan menjengkelkan dan mengganggu keadaan semula jadi; cubalah alternatif semula jadi yang sesuai dengan kulit anda.
  • Minum banyak air dan makan makanan yang seimbang. Ini adalah petua lama tetapi masih petua yang terbaik! Air sangat penting untuk kesihatan dan penghidratan kulit anda kerana ia membantu membuang toksin dalam badan anda dan menjadikan anda sentiasa terhidrat. Memakan makanan yang buruk mengumpulkan lebih banyak toksin dalam badan anda. Kombinasi ini dan kurang minum air mewujudkan persekitaran yang sempurna untuk jerawat naik. Minum air untuk membantu membersihkan sistem anda dan membersihkan kulit anda! Kombinasi diet yang buruk, dehidrasi, dan pengeluaran minyak yang berlebihan bermakna kemungkinan besar anda akan mengalami kulit berminyak dan rawan jerawat.

Noir Mini Set (5 dalam 1) First Step To Flawless Beauty adalah set khas untuk mereka yang bermasalah kulit berminyak. Jika ada sebarang pertanyaan sila WhatsApp kami dengan klik disni!

8 masa terbaik untuk menggunakan moisturizer

Terdapat pelbagai ritual kecantikan yang seiring untuk dapatkan kulit yang kelihatan sihat dan menggunakan pelembap muka atau moisturizer setiap hari adalah salah satu darpadanya. Kulit yang glowing dan cantik adalah matlamat utama bagi  kita semua. Walau bagaimanapun, mengetahui bagaimana dan bila anda harus melembapkan muka adalah sama pentingnya dengan produk yang anda gunakan pada wajah dan badan anda. Oleh itu, jika anda tidak pasti berapa kerap anda perlu menggunakan pelembap dalam rutin penjagaan kulit anda, kami sedia membantu. Di sini, kami menjawab, “Bilakah anda harus melembapkan kulit anda,” dengan berkongsi 8 masa terbaik untuk menggunakan moisturizer di dalam rutin penjagaan kulit anda.

  1. Gunakan moisturizer yang betul selepas mencuci muka anda
    Menurut American Academy of Dermatology, masa terbaik untuk menggunakan pelembap muka adalah ketika kulit anda lembap kerana ini dapat membantu penghidratan. Gunakan krim muka anda sebelum kulit anda kering selepas pembersihan (ini bermakna tidak perlu lagi menggunakan tuala sebaik sahaja anda membasuh pembersih wajah anda). Cubalah Noir Whitening Gel Hydrant Advanced Formula, yang berfungsi untuk memanjakan kulit anda dengan penghidratan dan menegangkan dan mencerahkan kulit anda hanya dalam satu minggu.
  2. Gunakan moisturizer di waktu pagi
    Pastikan kulit nampak cantik dengan melembapkannya sebelum memulakan hari anda. Pelembap harus menjadi langkah terakhir dalam rutin penjagaan kulit anda sebelum menggunakan makeup, jadi jangan lupa menggunakan krim muka atau losyen sebelum memakai foundation atau makeup primer anda. Cari pelembap yang diformulasikan dengan pelindung matahari spektrum luas dengan SPF 15 atau lebih tinggi seperti Noir UV White Foundation dan gunakan mengikut arahan.
  3. Gunakan moisturizer sebelum tidur
    Maksimumkan “beauty sleep” anda dengan menggunakan pelembap yang boleh menghidratkan dan menyejukkan badan sebelum anda tidur. Ia akan menyerap dengan cepat, menyejukkan kulit serta merta, dan memberikan penghidratan berkekalan dengan rasa tidak berminyak. Dengan penggunaan berterusan, ketegangan dan warna kulit akan bertambah baik.
  4. Gunakan moisturizer sebelum dan selepas penerbangan
    Kabin pesawat mengandungi udara kering yang boleh mengeringkan kulit anda. Oleh itu anda perlu membersihkan kulit anda dengan cepat dengan micellar water (yang tidak memerlukan pembilasan) sebelum berlepas. Kemudian, susuli dengan pelembap yang menghidratkan. Setelah anda mendarat, ulangi proses ini jika kulit anda terasa kering. Anda juga boleh menggunakan Noir Matricaria Glowing & Firming Face Mist untuk membantu menjaga kulit anda sentiasa terhidrat sepanjang perjalanan anda.
  5. Gunakan moisturizer selepas mandi
    Bukan muka anda sahaja yang memerlukan pelembapan. Sama seperti bagaimana anda gunakan pelembap pada muka anda semasa lembap, sapukan jugs pada kulit di bawah rahang selepas mandi. Perhatikan kawasan yang kering, seperti pergelangan kaki, siku, dan lutut. Sapukan losyen tebal ke tangan dan kaki anda selepas mandi pada waktu malam. Gunakan sarung tangan kapas dan stokin yang selesa untuk membantu mengekalkan kelembapan semasa anda tidur.
  6. Gunakan moisturizer apabila mengalami “breakout”
    Perkara pertama yang mungkin anda fikirkan ketika berlaku kerosakan yang tidak diingini ialah anda perlu mengeluarkan semua kelembapan dari kulit anda. Walau bagaimanapun, mengeringkan kulit anda tidak akan membantu anda. Menjaga rutin penjagaan kulit anda secara konsisten – termasuk pelembapan dua kali sehari – adalah tindakan yang lebih bijak.
  7. Gunakan moisturizer ketika anda tidak memakai makeup
    Sekiranya anda lebih selesa tanpa makeup, menggunakan pelembap adalah cara yang baik untuk membuat kulit anda kelihatan segar, terhidrat, dan natural. Walaupun mungkin tidak memberi anda liputan solekan, ia akan melicinkan kulit dan ketidaksempurnaan anda untuk memberi anda warna keseluruhan yang cantik.
  8. Gunakan moisturizer sebelum memakai makeup anda
    Seperti yang telah kami nyatakan, menggunakan pelembap harus menjadi langkah terakhir dalam rutin penjagaan kulit anda, sebelum anda menggunakan makeup. Sekiranya anda mengaplikasikan semula makeup anda untuk sesuatu majlis – tanpa mengulangi rutin penjagaan kulit anda – masih penting untuk melembapkan kulit. Pelembap muka akan menghidrat dan melicinkan kulit anda, memberikan anda warna yang sesuai untuk menerapkan pilihan makeup anda. Selepas memakai foundation dan bedak muka di atas kulit yang terhidrat, anda akan melihat betapa cantiknya makeup pada kulit yang baru dilembapkan.

8 masa terbaik untuk menggunakan moisturizer

Acne Skin Care 8 Simple Tips To Follow

Commonly affecting the skin condition of people between ages 12 to 24 is a disease called acne. The cause of acne is hard to determine. However, over secretion of the sebaceous glands is pointed as the cause to trigger most acne outbreaks.

Pilosebaceous units are the combination of the hair follicles and oil glands in the skin. Except for the surface of the palms and the soles of the feet, pilosabaceous units are found on the skin tissue throughout the body . They are responsible in secreting the oily substance called sebum. However, due to many factors (e.g. hormonal imbalances, stress and the skin’s natural condition) the oil glands may be induced to produce more sebum than normal. When this happens, the excess oil plugs the skin pores. This process brings about bacterial infection and stimulate the reaction of the immune system. In the end, acne inflammation results.

Acne can strike at any skin type. An oily skin type is most susceptible to acne. Dry skin on the other hand, may not be as susceptible but serious outbreaks may occur during winter. Normal skin is equally susceptible to acne but the level of severity may not be as high.

Presently, acne is not yet totally curable but can be remedied with several acne skin care methods. Many seek the help of topical medications, which are applied on the surface of the skin. However, employing the use of acne skin care products like “pore strip pads” may remove whiteheads and blackheads but they would not have any effect on the excess sebum produced.

Nevertheless, for remedy and prevention, it is best to employ the following 8 simple tips:

1. A healthy, well-balanced diet must be observed. Therefore, your food intake must incorporate all the essential nutrients the body needs for efficient functioning.

2. Drink plenty of fluids like water, juices. Minimize the intake of carbonated drinks.

3. No make up is recommended.

4. Wash your face with mild soap and water. The logic is to not remove the dirt (as the majority of acne-inflicted person perceive) but to remove the plugs on the skin pores, which may be a combination of dead skin cells, bacteria and hardened sebum. Although dirt is not truly the cause of acne, it may contribute to further infection through its interaction with skin debris and particles and extra oil in the skin.

5. Use topical cleansing pads that may contain one or the combination of the following: salicylic acid, sulfur and benzoyl peroxide to remove excess oil. Another way to minimize the presence of extra oil in the skin is to wash the face with the hottest water you can withstand.

6. Minimize the use of harsh cleansers and use acne skin care items that exfoliate mildly. Do not scrub vigorously to the affected areas.

7. If your hands are dirty, refrain from touching your face.

8. If you have long hair, tie up your hair so that it is kept away from the face. This is especially so if the weather is hot and you have been perspiring.

Preventative acne skin care steps are just as important as the treatment of acne itself. With prevention, at least, you know how to ensure that your acne problem does not escalate and spread to a bigger infected area.

If you have any questions, please contact us via our contact form by clicking the following link: Contact Us

or

Connect with us on Facebook at: https://www.facebook.com/ZoeNoirDamansara