Tips penjagaan muka

Penggunaan skincare sahaja tak cukup, pastikan korang ikuti tips penjagaan muka ini juga ya!
Bagaimanakah cara atau tips penjagaan kulit muka yang betul? Kalau kulit anda bermasalah dan mahukan tips untuk mengatasinya, teruskan membaca!

Semua orang pasti mahukan muka yang bersih, tidak berjerawat dan berjeragat. Pendek kata, flawless. Betul tak? Tapi, sebenarnya tak semudah tu nak dapatkan kulit bersih macam orang Korea. Perlukan banyak effort tau!

Sebenarnya, nak cantik tak semestinya kena pakai produk yang mahal. Hanya perlu rajin. Kalau korang amalkan 10 tips penjagaan kulit muka dalam artikel ni, dalam masa 2 minggu sahaja dah boleh nak perbezaannya.

“Penting ke jaga muka?” Mestilah penting. Muka ni adalah sebahagian daripada penampilan kita. Takkan kita nak tunjuk yang tak cantik kan?

Dalam kehidupan seharian, kita berdepan dengan ramai orang. Jadi, memang penting untuk kita jaga muka kita. Eh, bukan muka je. Semua lah kiranya! Tapi, dalam artikel ni kita focus tips penjagaan kulit muka dulu okay.

Bila kulit cantik, make up yang diperlukan pun minimal je. Walaupun make up simple, muka masih boleh nampak berseri seri. Nak dapatkan kulit yang berseri tanpa makeup, ini lah yang perlu anda lakukan!

Tips penjagaan kulit muka dengan betul ini perlu dipraktikkan hari hari agar lebih cepat untuk korang dapatkan kulit yang berseri seri tanpa penggunaan make up.

Dah ready? Okay, let’s go!

1. Fahami Jenis Kulit
Ketahui dulu kulit kita jenis apa. Berminyak ke? Kering ke? Atau sensitif? Normal kah? Yang ni sangat penting.

Bila kita dah tahu kulit kita jenis apa, baru lah kita tahu produk apa yang sesuai untuk digunakan.

2. Wajib Pakai Moisturizer
Yang ni adalah step yang paling penitng! Semua jenis kulit wajib menggunakan moisturizer.

Ramai yang cakap kulit berminyak tak perlukan moisturizer. Dengan alasan minyak semula jadi yang ada pada kulit dah mencukupi.

Tak ye.. tak mencukupi lagi. Kena guna moisturizer untuk seimbangkan minyak pada kulit tu.

Kalau ada yang cakap penggunaan moisturizer akan buat kulit lagi berminyak, itu salah ya. Malah, penggunaan moisturizer akan seimbang minyak pada kulit kita.

3. Pilih Cleanser Yang Bagus
Cleanser yang bagus ialah cleanser yang mengadungi bahan yang memang elok untuk kulit kita. Cari cleanser yang mengandungi bahan yang sesuai dengan jenis kulit kita.

Selain itu, cleanser yang bagus adalah cleanser yang rendah nilai pH nya. Antara pH4-6 sahaja. Kenapa tak boleh gunakan cleaser yang nilai pH lebih dari 6? Sebab lebih tinggi nilai pH itu, cleanser itu lebih acidic.

Apabila kita menggunakan cleamser yang bersifat acidic, kulit kita akan terjejas dan mudah untuk timbul jerawat. Kalau nak test nilai pH cleanser, boleh gunakan pH Test Strip.

4. Minum Air Kosong Banyak Banyak
Ini adalah tips paling mudah nak buat! Hanya perlu minum air kosong banyak banyak. Air kosong ni boleh “flush out” toxin dalam badan kita. Kalau nak cantik luaran, dalaman pun kena cantik juga! Barulah balance.

5. Kurangkan Pengambilan Gula
Para saintis menyimpulkan bahawa pengambilan gula yang banyak boleh menyebabkan obesiti, kencing manis dan bukan itu sahaja, malah boleh memberi kesan negatif pada kulit seperti jerawat dan kulit kusam.

Ini adalah kerana keindahan dan keanjalan kulit secara langsung bergantung kepada cecair yang diterima oleh badan kita.

Pengambilan gula yang banyak akan membuat kulit menjadi kering dan mudah untuk garis halus muncul di kulit wajah kita.

6. Makan Sayur & Buah Buahan
Selain minum air kosong banyak banyak, makan sayur dan buah buahan dengan kuantiti yang banyak pun memang bagus untuk kulit. Kenapa?

Ini adalah kerana sayur dan buah buahan mengandungi banyak vitamin dan nutrien yang diperlukan oleh kulit kita.

Tahukah anda, rahsia cantik yang sebenar datang dari pemakanan yang sihat dan ckup nutrisi? Jadi, pengambilan sayur dan buah buahan sangat penting.

7. Pakai Sunblock
Penggunaan sunblock sangat penting untuk kulit wajah walaupun hanya duduk di rumah. Sunblock merupakan produk yang paling bagus untuk anti-penuaan.

Ini adalah sebab kenapa kita perlu menggunakan sunblock.

Hindari kulit nampak kusam, tak bermaya, gelap ataupun sunburn
Hindari kulit kita berkedut seawal 30 tahun
Hindari pertumbuhan jerawat
Hindari kanser kulit

8. Gunakan Essence
Selepas mencuci muka, gunakan essence pada kulit wajah. Essence mengandungi bahan aktif yang boleh merawat masalah kulit yang korang hadapi. Penggunaan essence juga akan beri efek glowing dan akan meningkatkan hidrasi pada kulit.

9. Menggunakan Air Suam Ketika Mencuci Muka
Untuk dapatkan kulit yang lagi cantik, basuh muka menggunakan air yang suam. Tujuannya adalah untuk membuka pori pori supaya kotoran yang melekat di dalam liang pori dapat dibersihkan semasa kita mencuci muka.

10. Dapatkan Tidur Yang Mencukupi
Ini adalah antara tips yang paling best! Nak cantik, kena dapatkan tidur yang mencukupi. Kalau korang kurang tidur, muka akan menjadi sembab, hilang seri, kusam dan tak bermaya.

Beauty sleep sememangnya amat penting kalau korang mahukan kulit yang cantik, berseri dan sihat.

Inilah 10 tips penjagaan muka yang ingin kami kongsikan dengan anda untuk kali ini. Semoga bermanfaat!

Amalkan 10 tips ini dan in sha allah selepas 14 hari, kulit anda akan kelihatan cantik, bersih dan awet muda. Selamat mencuba!

– Zoe –

Credit: Noir HQ