Pencuci muka untuk kulit sensitif

Mempunyai kulit sensitif memerlukan komitmen yang tinggi dari segi penjagaan kulit. Tapi, dengan menggunakan produk pencuci muka untuk kulit sensitif ianya boleh diatasi.

Maksud komitmen ini bukanlah dari segi wang ringgit, tapi lebih kepada dari segi cara kita menjaga kulit sensitif dengan betul dan tahu produk untuk kulit sensitif.

Masalah kulit sensitif ni tidak boleh dipandang enteng. Jika dibiar berlarutan, tanpa sebarang rawatan, kulit ini akan menjadi lebih parah yang memerlukan anda untuk mendapatkan rawatan klinikal.

Pernah dengar orang yang mengalami sakit kanser kulit? Yes, ini boleh berlaku sekiranya kulit sensitif tidak dijaga dan dirawat daripada peringkat awal.

Dalam entri kali ini, kami akan kongsikan PENCUCI MUKA untuk kulit sensitif

Sebelum itu, untuk memilih produk muka yang sesuai, perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah kenal pasti jenis kulit. Jangan terkejut.

Masih ramai tak tahu kulit mereka jenis apa. Apabila kurangnya pengetahuan tentang jenis kulit, maka timbullah masalah-masalah kulit tidak sesuai dengan produk salah.

Ada yang berkulit normal, kulit berminyak, kulit kering, kulit sensitif dan bermacam-macam lagi.

Jika tersalah pilih produk, ia boleh memudaratkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Bagaimana nak ketahui anda punyai kulit sensitif? Perhatikan ciri-ciri ini:

  1. Rasa gatal dan pedih. Sekiranya anda merasakan kulit gatal dan pedih, ini berkemungkinan besar kulit anda  sedang mengalami iritasi hasil daripada penggunaan produk-produk yang tidak bersesuaian dengan kulit sensitif. Tips penting: Apabila gatal, jangan garu! Sebaliknya, sapukan pelembab.
  1. Sangat kering. Perhatikan keadaan kulit pada waktu siang. Apabila kulit anda kelihatan sangat kering dan bersisik, ia merupakan ciri-ciri kulit sensitif yang memerlukan penjagaan yang rapi.
  1. Mudah sunburn. Individu yang mempunyai kulit yang sensitif akan mudah sunburn apabila terdedah dengan cahaya matahari. Kulit yang sudah mempunyai iritasi dan terdedah dengan matahari mempunyai kesan yang lebih berbahaya.
  1. Kulit muka kemerah-merahan. Kebanyakkan individu yang mempunyai kulit sensitif akan mendapati kemerahan pada muka. Ini terjadi apabila kulit sensitif memberi reaksi kepada produk muka yang tidak sesuai digunakan.

5. Mudah breakout.  Individu-individu yang mempunyai kulit sensitif lebih terdedah untuk breakout.

Ini kerana kulit jenis ini tidak mempunyai kelembapan yang mencukupi. Apabila kelembapan tidak mencukupi, masalah jerawat boleh timbul.

Jika kulit anda mempunyai ciri-ciri ini, ketahuilah bahawa kulit anda adalah kulit sensitif yang memerlukan penjagaan rapi tidak sama dengan penjagaan jenis kulit yang lain.

Sebelum kulit anda menjadi lebih teruk, ini produk pencuci muka untuk kulit sensitif

1. Noir Whitening Gel Hydrant Advance Formula

Kelembapan kulit adalah salah satu faktor yang penting dalam menjaga kulit sensitif. Ini kerana apabila kulit menjadi sensitif, ia lebih cenderung untuk menjadi kering.

Apabila berlakunya kekeringan pada kulit, keradangan amat mudah untuk berlaku.

Kaya dengan ekstrak bunga, Chamomilla Recutita, Noir Whitening Gel Hydrant Advance Formula berfungsi sebagai pelembab dan penyembuh kepada kulit sensitif.

Ini kerana, kulit sensitif sangat sinonim dengan berlakunya iritasi yang pedih dan gatal. Chamomilla Recutita yang ada dalam pelembab ini berfungsi sebagai ejen pelindung daripada keradangan berlaku pada kulit sensitif.

2. Noir Malachite Crystal Cleanser

Buat anda yang taktahu, cleanser ini mengandungi 90% mineral kristal malachite. Nah, mesti anda tertanya-tanya, apa pula kristal malachite ni?

Kristal malachite ini adalah batu semi-hijau biru yang merupakan antara bahan popular yang telah lama digunakan dalam produk-produk penjagaan kulit kerana fungsinya yang mampu mengekalkan tahap pH pada kulit kita.

Apabila kita mempunyai kulit sensitif, kulit selalunya menjadi kering. Tompok-tompok kering akan timbul pada wajah.

Kristal Malachite ini berfungsi sebagai agen yang mengekalkan tahap pH pada kulit dan memberi kelembapan.

3. NOIR SKIN REFINING ESSENCE

Apa yang menarik dengan essence ini adalah, ia mengandungi Yies Beras. Bahan ini amat popular di Jepun sebagai rawatan kulit.

Mana tidaknya, Yies Beras ini mampu melindung kulit daripada kulit kering yang sering terjadi pada individu-individu yang mempunyai masalah kulit sensitif.

Noir Skin Refining Essence juga mengandungi Tea Tree Oil yang dan mengurangkan iritasi, kegatalan dan kepedihan pada kulit sensitif.

4. Matricaria Glowing & Firming Face Mist

Buat anda yang sukakan kosmetik tapi mempunyai kulit sensitif, Matricaria Glowing & Firming Face Mist sememangnya untuk anda.

Face mist memberikan kesan segar, dan kelembapan pada wajah serta memberi efek glowing kepada si pemakai.

Face mist ini juga kaya dengan BetaineBetaine ini berfungsi sebagai pelembab yang membantu kulit anda memperoleh dan mengekalkan kelembapan, sesuai untuk kulit sensitif.

Bukan itu saja, Betaine juga amat berguna dalam menjadi ejen anti penuaan dalam membantu mencegah kedutan.

5. NOIR UV WHITE FOUNDATION

Kulit sensitif sememangnya tidak boleh terdedah dengan sinaran matahari yang berbahaya. S

ebab itu pentingnya sunscreen! Kulit sensitif yang terdedah dengan dengan sinaran matahari boleh berisiko bukan sahaja masalah keradangan kulit, malah jeragat, dan juga kanser kulit sekiranya tiada penjagaan dilakukan.

Memilih sunscreen juga ada caranya. Individu yang mempunyai kulit sensitif perlu memilih sunscreen yang mempunyai formula khas yang dapat membantu melindungi kulit.

Noir UV White Foundation mengandungi Vitamin A, Vitamin B17 dan Vitamin E yang berfungsi sebagai pelembab kulit. Vitamin-vitamin ini perlu dalam pemilihan sunscreen untuk kulit sensitif bagi menjaga kulit daripada terdedah dengan bahaya.

Semoga perkongsian kali ini dapat memberi input kepada anda yang mempunyai masalah kulit sensitif.

Selamat mencuba!

P.s. Jika and perlukan konsultasi percuma sila WhatsApp Zoe di https://kliksini.my/ZoeNoir

Credit: Noir HQ