Siapa tau apa khasiat peptides?

𝗞𝗵𝗮𝘀𝗶𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗽𝘁𝗶𝗱𝗲𝘀:
 
𝘔𝘰𝘭𝘦𝘬𝘶𝘭 𝘬𝘰𝘭𝘢𝘨𝘦𝘯 𝘢𝘨𝘢𝘬 𝘵𝘦𝘳𝘭𝘢𝘭𝘶 𝘣𝘦𝘴𝘢𝘳 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘥𝘪𝘴𝘦𝘳𝘢𝘱 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘬𝘶𝘭𝘪𝘵, 𝘭𝘢𝘯𝘵𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘪𝘵𝘶 𝘳𝘢𝘮𝘢𝘪 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩 𝘨𝘦𝘮𝘢𝘳 𝘮𝘦𝘮𝘪𝘭𝘪𝘩 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘢𝘮𝘣𝘪𝘭 𝘮𝘢𝘬𝘢𝘯𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘮𝘣𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯𝘥𝘶𝘯𝘨𝘪 𝘬𝘰𝘭𝘢𝘨𝘦𝘯.
 
𝘞𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪𝘮𝘢𝘯𝘢𝘱𝘶𝘯, 𝘱𝘦𝘱𝘵𝘪𝘥𝘦 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘥𝘪𝘴𝘦𝘳𝘢𝘱 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘬𝘶𝘭𝘪𝘵 𝘮𝘦𝘯𝘦𝘳𝘶𝘴𝘪 𝘴𝘢𝘱𝘶𝘢𝘯 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘥𝘪𝘢𝘮𝘣𝘪𝘭 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘣𝘦𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘢𝘬𝘢𝘯𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘮𝘣𝘢𝘩𝘢𝘯.
 

Pencuci muka untuk kulit sensitif

Mempunyai kulit sensitif memerlukan komitmen yang tinggi dari segi penjagaan kulit. Tapi, dengan menggunakan produk pencuci muka untuk kulit sensitif ianya boleh diatasi.

Maksud komitmen ini bukanlah dari segi wang ringgit, tapi lebih kepada dari segi cara kita menjaga kulit sensitif dengan betul dan tahu produk untuk kulit sensitif.

Masalah kulit sensitif ni tidak boleh dipandang enteng. Jika dibiar berlarutan, tanpa sebarang rawatan, kulit ini akan menjadi lebih parah yang memerlukan anda untuk mendapatkan rawatan klinikal.

Pernah dengar orang yang mengalami sakit kanser kulit? Yes, ini boleh berlaku sekiranya kulit sensitif tidak dijaga dan dirawat daripada peringkat awal.

Dalam entri kali ini, kami akan kongsikan PENCUCI MUKA untuk kulit sensitif

Sebelum itu, untuk memilih produk muka yang sesuai, perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah kenal pasti jenis kulit. Jangan terkejut.

Masih ramai tak tahu kulit mereka jenis apa. Apabila kurangnya pengetahuan tentang jenis kulit, maka timbullah masalah-masalah kulit tidak sesuai dengan produk salah.

Ada yang berkulit normal, kulit berminyak, kulit kering, kulit sensitif dan bermacam-macam lagi.

Jika tersalah pilih produk, ia boleh memudaratkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Bagaimana nak ketahui anda punyai kulit sensitif? Perhatikan ciri-ciri ini:

  1. Rasa gatal dan pedih. Sekiranya anda merasakan kulit gatal dan pedih, ini berkemungkinan besar kulit anda  sedang mengalami iritasi hasil daripada penggunaan produk-produk yang tidak bersesuaian dengan kulit sensitif. Tips penting: Apabila gatal, jangan garu! Sebaliknya, sapukan pelembab.
  1. Sangat kering. Perhatikan keadaan kulit pada waktu siang. Apabila kulit anda kelihatan sangat kering dan bersisik, ia merupakan ciri-ciri kulit sensitif yang memerlukan penjagaan yang rapi.
  1. Mudah sunburn. Individu yang mempunyai kulit yang sensitif akan mudah sunburn apabila terdedah dengan cahaya matahari. Kulit yang sudah mempunyai iritasi dan terdedah dengan matahari mempunyai kesan yang lebih berbahaya.
  1. Kulit muka kemerah-merahan. Kebanyakkan individu yang mempunyai kulit sensitif akan mendapati kemerahan pada muka. Ini terjadi apabila kulit sensitif memberi reaksi kepada produk muka yang tidak sesuai digunakan.

5. Mudah breakout.  Individu-individu yang mempunyai kulit sensitif lebih terdedah untuk breakout.

Ini kerana kulit jenis ini tidak mempunyai kelembapan yang mencukupi. Apabila kelembapan tidak mencukupi, masalah jerawat boleh timbul.

Jika kulit anda mempunyai ciri-ciri ini, ketahuilah bahawa kulit anda adalah kulit sensitif yang memerlukan penjagaan rapi tidak sama dengan penjagaan jenis kulit yang lain.

Sebelum kulit anda menjadi lebih teruk, ini produk pencuci muka untuk kulit sensitif

1. Noir Whitening Gel Hydrant Advance Formula

Kelembapan kulit adalah salah satu faktor yang penting dalam menjaga kulit sensitif. Ini kerana apabila kulit menjadi sensitif, ia lebih cenderung untuk menjadi kering.

Apabila berlakunya kekeringan pada kulit, keradangan amat mudah untuk berlaku.

Kaya dengan ekstrak bunga, Chamomilla Recutita, Noir Whitening Gel Hydrant Advance Formula berfungsi sebagai pelembab dan penyembuh kepada kulit sensitif.

Ini kerana, kulit sensitif sangat sinonim dengan berlakunya iritasi yang pedih dan gatal. Chamomilla Recutita yang ada dalam pelembab ini berfungsi sebagai ejen pelindung daripada keradangan berlaku pada kulit sensitif.

2. Noir Malachite Crystal Cleanser

Buat anda yang taktahu, cleanser ini mengandungi 90% mineral kristal malachite. Nah, mesti anda tertanya-tanya, apa pula kristal malachite ni?

Kristal malachite ini adalah batu semi-hijau biru yang merupakan antara bahan popular yang telah lama digunakan dalam produk-produk penjagaan kulit kerana fungsinya yang mampu mengekalkan tahap pH pada kulit kita.

Apabila kita mempunyai kulit sensitif, kulit selalunya menjadi kering. Tompok-tompok kering akan timbul pada wajah.

Kristal Malachite ini berfungsi sebagai agen yang mengekalkan tahap pH pada kulit dan memberi kelembapan.

3. NOIR SKIN REFINING ESSENCE

Apa yang menarik dengan essence ini adalah, ia mengandungi Yies Beras. Bahan ini amat popular di Jepun sebagai rawatan kulit.

Mana tidaknya, Yies Beras ini mampu melindung kulit daripada kulit kering yang sering terjadi pada individu-individu yang mempunyai masalah kulit sensitif.

Noir Skin Refining Essence juga mengandungi Tea Tree Oil yang dan mengurangkan iritasi, kegatalan dan kepedihan pada kulit sensitif.

4. Matricaria Glowing & Firming Face Mist

Buat anda yang sukakan kosmetik tapi mempunyai kulit sensitif, Matricaria Glowing & Firming Face Mist sememangnya untuk anda.

Face mist memberikan kesan segar, dan kelembapan pada wajah serta memberi efek glowing kepada si pemakai.

Face mist ini juga kaya dengan BetaineBetaine ini berfungsi sebagai pelembab yang membantu kulit anda memperoleh dan mengekalkan kelembapan, sesuai untuk kulit sensitif.

Bukan itu saja, Betaine juga amat berguna dalam menjadi ejen anti penuaan dalam membantu mencegah kedutan.

5. NOIR UV WHITE FOUNDATION

Kulit sensitif sememangnya tidak boleh terdedah dengan sinaran matahari yang berbahaya. S

ebab itu pentingnya sunscreen! Kulit sensitif yang terdedah dengan dengan sinaran matahari boleh berisiko bukan sahaja masalah keradangan kulit, malah jeragat, dan juga kanser kulit sekiranya tiada penjagaan dilakukan.

Memilih sunscreen juga ada caranya. Individu yang mempunyai kulit sensitif perlu memilih sunscreen yang mempunyai formula khas yang dapat membantu melindungi kulit.

Noir UV White Foundation mengandungi Vitamin A, Vitamin B17 dan Vitamin E yang berfungsi sebagai pelembab kulit. Vitamin-vitamin ini perlu dalam pemilihan sunscreen untuk kulit sensitif bagi menjaga kulit daripada terdedah dengan bahaya.

Semoga perkongsian kali ini dapat memberi input kepada anda yang mempunyai masalah kulit sensitif.

Selamat mencuba!

P.s. Jika and perlukan konsultasi percuma sila WhatsApp Zoe di https://kliksini.my/ZoeNoir

Credit: Noir HQ

Tips penjagaan muka

Penggunaan skincare sahaja tak cukup, pastikan korang ikuti tips penjagaan muka ini juga ya!
Bagaimanakah cara atau tips penjagaan kulit muka yang betul? Kalau kulit anda bermasalah dan mahukan tips untuk mengatasinya, teruskan membaca!

Semua orang pasti mahukan muka yang bersih, tidak berjerawat dan berjeragat. Pendek kata, flawless. Betul tak? Tapi, sebenarnya tak semudah tu nak dapatkan kulit bersih macam orang Korea. Perlukan banyak effort tau!

Sebenarnya, nak cantik tak semestinya kena pakai produk yang mahal. Hanya perlu rajin. Kalau korang amalkan 10 tips penjagaan kulit muka dalam artikel ni, dalam masa 2 minggu sahaja dah boleh nak perbezaannya.

“Penting ke jaga muka?” Mestilah penting. Muka ni adalah sebahagian daripada penampilan kita. Takkan kita nak tunjuk yang tak cantik kan?

Dalam kehidupan seharian, kita berdepan dengan ramai orang. Jadi, memang penting untuk kita jaga muka kita. Eh, bukan muka je. Semua lah kiranya! Tapi, dalam artikel ni kita focus tips penjagaan kulit muka dulu okay.

Bila kulit cantik, make up yang diperlukan pun minimal je. Walaupun make up simple, muka masih boleh nampak berseri seri. Nak dapatkan kulit yang berseri tanpa makeup, ini lah yang perlu anda lakukan!

Tips penjagaan kulit muka dengan betul ini perlu dipraktikkan hari hari agar lebih cepat untuk korang dapatkan kulit yang berseri seri tanpa penggunaan make up.

Dah ready? Okay, let’s go!

1. Fahami Jenis Kulit
Ketahui dulu kulit kita jenis apa. Berminyak ke? Kering ke? Atau sensitif? Normal kah? Yang ni sangat penting.

Bila kita dah tahu kulit kita jenis apa, baru lah kita tahu produk apa yang sesuai untuk digunakan.

2. Wajib Pakai Moisturizer
Yang ni adalah step yang paling penitng! Semua jenis kulit wajib menggunakan moisturizer.

Ramai yang cakap kulit berminyak tak perlukan moisturizer. Dengan alasan minyak semula jadi yang ada pada kulit dah mencukupi.

Tak ye.. tak mencukupi lagi. Kena guna moisturizer untuk seimbangkan minyak pada kulit tu.

Kalau ada yang cakap penggunaan moisturizer akan buat kulit lagi berminyak, itu salah ya. Malah, penggunaan moisturizer akan seimbang minyak pada kulit kita.

3. Pilih Cleanser Yang Bagus
Cleanser yang bagus ialah cleanser yang mengadungi bahan yang memang elok untuk kulit kita. Cari cleanser yang mengandungi bahan yang sesuai dengan jenis kulit kita.

Selain itu, cleanser yang bagus adalah cleanser yang rendah nilai pH nya. Antara pH4-6 sahaja. Kenapa tak boleh gunakan cleaser yang nilai pH lebih dari 6? Sebab lebih tinggi nilai pH itu, cleanser itu lebih acidic.

Apabila kita menggunakan cleamser yang bersifat acidic, kulit kita akan terjejas dan mudah untuk timbul jerawat. Kalau nak test nilai pH cleanser, boleh gunakan pH Test Strip.

4. Minum Air Kosong Banyak Banyak
Ini adalah tips paling mudah nak buat! Hanya perlu minum air kosong banyak banyak. Air kosong ni boleh “flush out” toxin dalam badan kita. Kalau nak cantik luaran, dalaman pun kena cantik juga! Barulah balance.

5. Kurangkan Pengambilan Gula
Para saintis menyimpulkan bahawa pengambilan gula yang banyak boleh menyebabkan obesiti, kencing manis dan bukan itu sahaja, malah boleh memberi kesan negatif pada kulit seperti jerawat dan kulit kusam.

Ini adalah kerana keindahan dan keanjalan kulit secara langsung bergantung kepada cecair yang diterima oleh badan kita.

Pengambilan gula yang banyak akan membuat kulit menjadi kering dan mudah untuk garis halus muncul di kulit wajah kita.

6. Makan Sayur & Buah Buahan
Selain minum air kosong banyak banyak, makan sayur dan buah buahan dengan kuantiti yang banyak pun memang bagus untuk kulit. Kenapa?

Ini adalah kerana sayur dan buah buahan mengandungi banyak vitamin dan nutrien yang diperlukan oleh kulit kita.

Tahukah anda, rahsia cantik yang sebenar datang dari pemakanan yang sihat dan ckup nutrisi? Jadi, pengambilan sayur dan buah buahan sangat penting.

7. Pakai Sunblock
Penggunaan sunblock sangat penting untuk kulit wajah walaupun hanya duduk di rumah. Sunblock merupakan produk yang paling bagus untuk anti-penuaan.

Ini adalah sebab kenapa kita perlu menggunakan sunblock.

Hindari kulit nampak kusam, tak bermaya, gelap ataupun sunburn
Hindari kulit kita berkedut seawal 30 tahun
Hindari pertumbuhan jerawat
Hindari kanser kulit

8. Gunakan Essence
Selepas mencuci muka, gunakan essence pada kulit wajah. Essence mengandungi bahan aktif yang boleh merawat masalah kulit yang korang hadapi. Penggunaan essence juga akan beri efek glowing dan akan meningkatkan hidrasi pada kulit.

9. Menggunakan Air Suam Ketika Mencuci Muka
Untuk dapatkan kulit yang lagi cantik, basuh muka menggunakan air yang suam. Tujuannya adalah untuk membuka pori pori supaya kotoran yang melekat di dalam liang pori dapat dibersihkan semasa kita mencuci muka.

10. Dapatkan Tidur Yang Mencukupi
Ini adalah antara tips yang paling best! Nak cantik, kena dapatkan tidur yang mencukupi. Kalau korang kurang tidur, muka akan menjadi sembab, hilang seri, kusam dan tak bermaya.

Beauty sleep sememangnya amat penting kalau korang mahukan kulit yang cantik, berseri dan sihat.

Inilah 10 tips penjagaan muka yang ingin kami kongsikan dengan anda untuk kali ini. Semoga bermanfaat!

Amalkan 10 tips ini dan in sha allah selepas 14 hari, kulit anda akan kelihatan cantik, bersih dan awet muda. Selamat mencuba!

– Zoe –

Credit: Noir HQ

 

Mousse Purifying Cleanser – 7 kebaikan kami nak share!

Nak share 7 Kebaikan Mousse Purifying Cleanser

Ini 7 kebaikan Mousse Purifying Cleanser:
.
1) Mengawal kulit berminyak
2) Mengatasi masalah jerawat
3) Mengatasi masalah whitehead/blackhead
4) Mengatasi masalah kulit kusam
5) Mengatasi masalah biji kolestrol
6) Mengatasi masalah bintik putih pada wajah
7) Mengatasi masalah kedutan
.
NOIR hanya inginkan terbaik untuk anda. Jom ceritakan masalah kulit anda di ruangan komen di bawah.
Nanti sis akan cuba sarankan produk apa yang seeloknya anda guna. .

Ingat NOIR, ingat Madammu

Klik disini untuk maklumat yang lebih lanjut tentang Noir Mousse Purifying Cleanser

atau

Klk disini untuk Like Facebook page kami

Pure White – rahsia kulit putih gebu founder Noir

Kalau yang mana masih tertanya-tanya apakah RAHSIA kecantikkan Madammu.. tidak lain dan tidak bukan.. dengan mengamalkan 1 sachet NOIR PURE WHITE setiap pagi dan ditambah pula dengan pemakanan yang sihat & air masak yang secukupnya ( 2.5 liter ) adalah rahsia besar beliau.

Dibawah ini merupakan kebaikan yang terkandung didalam NOIR PURE WHITE:

• Menurunkan kadar milanin
• Memutihkan kulit ( kekal )
• Mengandungi SPF 100
• Melembabkan kulit
• Mengatasi masalah jeragat / jerawat dibadan
• Membaik pulih kulit yang berlengkuk
• Membaik pulih texture kulit
• Membina kolagen semulajadi
• Menghaluskan permukaan kulit
• Memudarkan parut parut hitam
• Meratakan tona kulit yang tidak serata
• Menyembuhkan Masalah allergic
• Menyembuhkan Masalah eczema
• Mempercepatkan sembuh luka
• Membaik pulih sel sel kulit yang rosak
• Anti virus
• Anti keradangan
• Anti stress
• Anti bacteria

Jom putih kekal bersama NOIR PUREWHITE 💜

 Klik disni untuk maklumat lebih lanjut tentang Noir Pure White


Kalau yang mana masih tertanya-tanya apakah RAHSIA kecantikkan Madammu.. tidak lain dan tidak bukan.. dengan mengamalkan 1 sachet NOIR PURE WHITE setiap pagi dan ditambah pula dengan pemakanan yang sihat & air masak yang secukupnya ( 2.5 liter ) adalah rahsia besar beliau.

Dibawah ini merupakan kebaikan yang terkandung didalam NOIR PURE WHITE:

• Menurunkan kadar milanin
• Memutihkan kulit ( kekal )
• Mengandungi SPF 100
• Melembabkan kulit
• Mengatasi masalah jeragat / jerawat dibadan
• Membaik pulih kulit yang berlengkuk
• Membaik pulih texture kulit
• Membina kolagen semulajadi
• Menghaluskan permukaan kulit
• Memudarkan parut parut hitam
• Meratakan tona kulit yang tidak serata
• Menyembuhkan Masalah allergic
• Menyembuhkan Masalah eczema
• Mempercepatkan sembuh luka
• Membaik pulih sel sel kulit yang rosak
• Anti virus
• Anti keradangan
• Anti stress
• Anti bacteria

Jom putih kekal bersama NOIR PUREWHITE 💜

 Klik disni untuk maklumat lebih lanjut tentang Noir Pure White

Produk Noir

Produk Noir Health & Beauty diformulasikan di Jepun & Korea menggunakan teknologi yang bermutu tinggi. Dirumus khas bagi membantu wanita wanita Asia yang mengalami masalah kulit dan inginkan produk yang selamat serta yang halal digunakan.

Senarai produk Noir Health & Beauty adalah seperti berikut:

1. Noir Advance Skin Repair – Diperkayakan dengan Yies Beras, Galactomyces Ferment Filtrate dan Cucumber. Bahan- bahan ini dirumus khas dan terbukti dapat mengawal masalah kulit wanita Asia yang berminyak.

2. Noir Skin Refining Essence – Berasaskan YIES BERAS amat kaya kebaikan dalam membaik pulih kulit, mengembalikan keremajaan kulit serta merawat masalah pori-pori.YIES BERAS yang digunakan pada zaman dulu kala di JEPUN khas untuk merawat masalah kulit.

3. Noir Mousse Purifying Cleanser – Pencuci muka yang dapat merawat kulit dan jangkitan kuman (jerawat / breakout) serta memberi kesegaran & sel kulit baru dengan manfaat yang tinggi dalam mencegah keradangan kulit.

4. Noir Malachite Crystal Cleanser – Sesuai untuk mereka yang mempunyai 3 jenis kulit ini: kering, normal, kombinasi. Merupakan pencuci muka yang diformulasi dengan 90% mengunakan kristal malachite. Kristal malachite yang tinggi akan mineral dan  mempunyai fungsi hebat dalam menyahkan kotoran & minyak berlebihan daripada kulit. Ia membantu membersih secara lembut &menyegarkan kulit wajah agar lebih sihat bersinar juga menaikkan seri secara alami. Malachite kristal amat terkenal di zaman dulu kala dalam kegunaan solekan & rawatan wajah.

5. Noir Pure White – merupakan supplement minuman yang mengandungi buah camu-camu yang merupakan buah kedua tertinggi kandungan Vitamin C yang bertindak sebagai bahan yang aktif untuk memutihkan kulit,melembabkan kulit, menurunkan kadar melanin didalam zat protein kulit yang menentukan warna kulit seseorang.

Camu-camu juga mampu membentuk Kolagen & Gluthation secara semula jadi dimana bagi mereka yang mengalami alahan pada kolagen ataupun gluthation tidak perlu risau. Pure White dirumus dengan camu-camu sebagai bahan utama.

6. Noir UV White Foundation – Diformulasikan dengan Vitamin C, Vitamin B17, Vitamin E. Bertindak melembapkan kulit, mencerahkan kulit yang gelap dan memudarkan serta menghilangkan kulit yang ada parut. Noir UV White juga adalah foundation yang ringan, mudah disapu pada wajah dengan mengambil masa yang sekejap sahaja.

7. Noir Whitening Gel Hydrant – diperkaya akan MATRICARIA, SNAIL FILTRATE (LENDIR SIPUT) & AQUA MOISTURIZER dimana berfungsi sebagai pelembap dan juga mengawal kulit berminyak. MATRICARIA merupakan sejenis bunga nama lainnya chamomile yang digunakan didalam perubatan sebagai kawalan, pencegaham dan menambah baik penyakit. Bunga matricaria ini amat baik dalam memberi kelembapan malah mencegah keradangan seperti breakout, panau, jeraga serta ruam

Kulit kusam, pori besar dan melengkuk?

Kulit kusam! Sedihnya bila keadaan ini berlaku kesan dulu-dulu kurang pendedahan tentang penjagaan wajah.
Masih belum terlambat jika ini berlaku. Rawat  dan jaga secara konsisten dengan Noir Skin Refining Essence . Kandungan Witch hazel yang terkandung didalamnya boleh membantu untuk mereka yang punya masalah kulit kusam dan masalah seperti :-
  • Pori – pori besar
  • Parut berlubang
  • Texture kulit tidak serata
  • Kulit “Breakout”
  • Kulit terbakar
  • Kulit whitehead / blackhead
  • Kulit berjeragat
  • Kulit berjerawat
  • Kulit berminyak
Dap dap dan tepuk-tepuk manja di wajah untuk merangsang essense masuk betul ke kulit . .
#noir
#essence
#skincare
#skincareviral
#instabeauty
#instagood

“Saya mulakan Noir dengan FB live untuk berkongsi tips kecantikan” : Madammu

Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Syarikat, Madammu Eriyca Baiduri atau mesra yang dikenali sebagai Madammu bercakap mengenai pengalamannya membina dan mengembangkan jenamanya – Noir Health & Beauty. Madammu yang elegan dan menakjubkan, yang tersenyum cerah dan ketawa yang ceria, berkongsi cerita yang menarik tentang bagaimana dia memulakan perniagaan dengan hampir tiada modal. Ia mungkin mustahil untuk percaya tetapi apabila dia menerangkan lebih lanjut tentang bagaimana dia menggunakan media sosial dan mengorak langkah ke hadapan, ia adalah “fair and square game”.

Pengusaha wanita berusia 29 tahun itu dibesarkan dalam ‘keluarga perniagaan’. Ibunya pernah mengusahakan sebuah restoran jadi sifat usahawan itu sudah lama mengalir dalam darahnya. “Saya memulakan Noir beberapa tahun lalu selepas saya menamatkan pengajian di Masterskill University College of Health Sciences dalam jurusan Diploma Penjagaan Kesihatan. Pada masa itu FB live sedang viral. Semua orang melakukannya dan saya juga melakukan untuk keseronokan. Saya berkongsi tip kecantikan kepada semua kawan saya dan terkejut, followers saya meningkat secara drastik – dari 10 followers hingga 8,000 followers dalam sebulan! ”

Dia kemudian nampak peluang yang boleh diterokai. Oleh kerana dia sudah ada follower, dia memutuskan untuk mengeluarkan produk kecantikan. “Saya sangat teruja dengan kecantikan dan anda dapat lihat dari penampilan saya (ketawa). Saya ingin berkongsi tip kecantikan dengan orang lain dan perkara yang paling penting ialah saya mahu mereka cantik dan berasa cantik. ”

Bersenjata dengan semangat untuk membantu wanita membina keyakinan mereka, Noir Health & Beauty dilahirkan – menjual sunblock sebagai item utama mereka. Dari semata-mata untuk keseronokan, perniagaannya mendapat hasil yag baik.

Inspirasi di sebalik Noir Health & Beauty

Noir Health & Beauty hanya fokus kepada satu idea yang mudah. Bermula dengan hanya tiga produk sahaja, Madammu percaya bahawa kualiti adalah jauh lebih penting daripada kuantiti. Noir adalah berbeza daripada produk tempatan yang lain di pasaran. “Untuk Noir, produk kami sangat asas. Daripada mempromosikan krim malam dan hari, kami menjual sesuatu produk tempatan yang jarang dilakukan – UV sunblock. ”

Ketika perniagaan semakin berkembang, dia terpaksa meminta sepupunya untuk membantunya. “Pada masa itu, pasukan saya meningkat kepada 600 orang. Ia melampaui jangkaan saya dan ia berlaku dalam tempoh yang singkat, “kata Madammu yang mnegatakan bahawa kilangnya menghasilkan 30,000 – 40,000 unit setiap produk dalam sebulan dan pembungkusan semuanya dilakukan di Malaysia.

Sejak Noir Health & Beauty dimulakan pada tahun 2017, perniagaan telah berkembang dengan pesat. Dia telah berjaya mencapai jualan RM4 juta dalam hanya setelah satu tahun beroperasi dan menjadikannya sebuah kisah kejayaan. Bukan sahaja produk penjagaan kulitnya terus berkembang – pasukannya juga berkembang dari semasa ke semasa.

“Salah satu pencapaian saya yang paling hebat dalam perniagaan ini ialah master stokis saya. Saya bersyukur dapat membantu mereka daripada tiada apa-apa kepada seorang yang berjaya. Saya gembira melihat perubahan dan perkara yang paling penting adalah melihat pasukan saya yakin dengan diri mereka sendiri. Mungkin bagi usahawan lain keuntungan adalah matlamat mereka, tetapi bagi saya, pasukan saya adalah pencapaian terbesar saya, “menekankan bahawa semua kejayaanya hari ini adalah dari usaha pasukannya.

Untuk seorang usahawan muda yang telah mencapai segala-galanya dalam hidupnya, dia diberkati kerana tidak menghadapi sebarang halangan dalam memulakan perniagaan. “Secara jujur, saya tidak pernah menghadapi masalah dalam membina Noir. Perniagaan adalah seperti memanjat tangga – anda perlu bersabar dalam mengejar kejayaan. Pengalaman masa lalu adalah apa yang akan membina diri anda hari ini, “kata Madammu.

“Jalankan perniagaan anda berlandaskan kejujuran. Ini yang akan membuat perniagaan anda kekal”

Di sebalik watak karismatik, Madammu Eriyca Baiduri adalah seorang penyayang dan berpemikiran yang luas. Dia berkongsi elemen yang paling penting dalam memulakan perniagaan adalah niat anda. “Cari niat utama anda dalam berniaga. Adakah anda melakukannya untuk kemasyhuran dan wang? Atau untuk membantu orang lain? Tujuan saya untuk menubuhkan Noir Health & Beauty adalah semata-mata untuk membantu wanita di luar sana untuk merangkak keluar dari masalah kehidupan. Jadi saya merekrut mereka dan membantu membina mereka dari zero ke hero. ”

Noir Health & Beauty tidak menghadkan pengembangannya di Malaysia sahaja. Mereka sudah ada stokis di Indonesia, Singapura, Brunei dan Dubai. Bercakap mengenai pengembangan perniagaan fizikal, Madammu mengatakan bahawa mereka sedang dalam proses membuka cawangan di Pulau Pinang yang merupakan cawangan ketiga mereka.

“Semua cawangan dibuka oleh master stokis saya – saya tidak memiliki cawangan. Saya membantu mereka untuk berkembang bersama dengan jenama dan berkongsi kejayaan bersama. Sudah tentu, saya tidak keberatan untuk membantu lebih banyak stokis untuk membuka lebih banyak cawangan di seluruh negara, mereka dapat sokongan penuh dari saya. ”

Kini setelah perniagaannya mendapat perhatian, Madammu merancang untuk mengembangkan perniagaan dan menjadikannya lebih mudah dipasarkan. Mereka kini mempunyai iklan TV dan radio. Lagipun, dia merancang untuk memasuki pasaran Indonesia. “Kami yakin bahawa jenama kami akan bertahan walaupun untuk 10 tahun akan datang kerana keunikan dan kualiti kami,” katanya, membertitahu bahawa Noir Health & Beauty sedang dalam proses memasuki industri Halal dan kini sedang menyediakan dokumentasi.

“Berita terkini adalah, kami akan melancarkan kosmetik Noir kami sendiri dan jika semuanya berjalan lancar, ia akan menjadi rasmi di pasaran selepas Raya,” kata Madammu Eriyca Baiduri .

Klik disini untuk layari online store kami!

atau

Klik disini untuk Like Facebook page kami!

Lendir siput untuk rawatan wajah?

Lendir siput, atau snail mucin, digunakan dalam bahan produk perawatan kecantikan yang bermutu tinggi.

Dalam dunia kecantikan, sering kita temui bahan-bahan yang kita anggap pelik, dan tidak logik digunakan. Salah satu bahan ‘pelik’ yang digunakan didalam produk kecantikan adalah Snail mucin, atau snail filtrate, atau lendir dari siput.

Sebenarnya Snail mucin, atau snail filtrate ini telah digunakan dari zaman dahulu kala bagi rawatan pada wajah oleh bangsawan bangsawan.

Sis listkan beberapa senarai khasiat yang ada didalam Snail mucin, atau snail filtrate ini.

Protein ( Anti aging )
Hyaluronic acid (Melembabkan kulit)
Elastin ( Menanjalkan kulit)
Peptide Hormone ( protein yang menghasilkan kolagen)
Anti oksidan ( Menghapuskan radikal bebas)
Allantoin ( Mengatasi masalah gatal gatal & keradangan pada kulit)

✔️Halal
✔️Selamat
✔️Berkesan
✔️Berkualiti

Klik disini untuk layari online store kami!

atau

Klik disini untuk Like Facebook page kami!