Pencuci muka untuk kulit kering

Apabila korang menghadapi masalah kulit kering, penting untuk korang ambil tahu akan produk untuk kulit kering.

Apakah punca kulit kering? Sebelum mengetahui pencuci muka untuk kulit kering yang harus digunakan untuk mengatasi masalah kulit kering, ketahui dahulu faktor yang menyebabkan kulit kering agar lebih mudah mengatasi masalah kulit kering.

Selain kulit berminyak, kulit kering merupakan kulit yang tidak disukai ramai. Kenapa?

Kerana kulit kering menjadikan tekstur kulit kelihatan merekah, mengelupas dan akan menimbulkan garis garis halus pada wajah.

Taknak kelihatan ‘tua sebelum usia’? Sebab tu, penting untuk kita tahu produk untuk kulit kering.

Faktor faktor yang menyebabkan kulit kering ialah kerana persekitaran, usia, kesihatan atau jenis ubat yang sedang diambil.

Selain itu, kekurangan air juga memberi kesan pada badan dan keadaan kulit terutama kulit wajah. Apabila kulit kita kering, wajah pun akan menjadi kusam, kasar dan kering.

Bagi mereka yang menghadapi masalah kulit kering tentunya berasa kurang selesa. Ini adalah kerana kulit terasa pedih dan hangat.

Keadaan akan menjadi lebih teruk apabila di kala cuaca panas kerana sudah tentunya akan berpeluh sehingga menyebabkan kulit wajah rasa tidak selesa.

Sebab itulah bagi yang menghadapi masalah kulit kering, penting untuk korang tahu cara penjagaan kulit wajah dengan cara yang betul.

Selain itu, penggunaan produk pencuci muka untuk kulit kering juga amat penting bagi memastikan kulit wajah kekal lembap dan tidak kering.

Pernah tak mengalami kulit kering sehingga mengelupas? Sehingga menganggu aktiviti harian? Kulit kering sehingga rasa gatal gatal, kemerah merahan dan kulit rasa terlalu kasar?

Penggunaan produk kecantikan sahaja tidak akan dapat membantu jika..

  1. Tidak hindari mandi dengan air panas. Nak tahu kenapa? Air panas akan mengurang kan minyak semula jadi yang ada pada kulit. Sama juga dengan mandi terlalu lama. Mereka yang mengalami masalah kulit kering disarankan untuk mandi dengan air yang suam selama 5 – 10 minit sahaja.
  2. Menggunakan produk kecantikan yang mengandungi alkohol. Alkohol dalam produk kecantikan akan mengeringkan lagi kulit wajah, jadi, hindarkan kerana ia akan membuatkan kulit mengalami iritasi sehingga kering.
  3. Tidak menggunakan pelembab. Kalau korang mengalami masalah kulit kering, pelembab harus menjadi bestfriend korang! Setiap kali kulit terasa kering, cepat cepat gunakan pelembab.
  4. Tidak merawat kulit di malam hari. Merawat kulit tidak hanya diperlukan pada siang hari, tetapi pada waktu malam juga. Sebelum tidur, bersihkan wajah dari sisa kosmetik dan kotoran lain agar tidak menimbulkan jerawat. Ingat! Gunakan pencuci muka yang bebas dari alkohol dan gunakan pelembab setelah mencuci muka.
  5. Tidak lindungi kulit dari penghawa dingin. Penghawa dingin akan mengurangkan lagi kelembapan kulit dan akhirnya akan membuat kulit jadi lebih kering. Jika anda bekerja di ofis di mana penghawa dingin terlalu sejuk, gunakan sahaja pelembab setiap kali kulit terasa kering.
  6. Tidak beri nutrisi pada kulit dari dalam. Bukan sahaja luaran yang perlu dijaga, dalaman pun perlu. Ada beberapa makanan yang diketahui mengandungi nutrisi penting untuk menjaga kesihatan kulit, di antaranya makanan kaya dengan anti oksida dan Omega 3. Beberapa makanan yang terbukti dapat beri kesihatan kulit ialah blueberries, tomato, dan kekacang. Dan yang paling penting, jangan lupa minum air untuk kekal hidrasi.

Bagaimana pula dengan produk untuk kulit kering?

#1 Noir Malachite Crystal Cleanser

Mengandungi 90% mineral kristal malachite. Mineral kristal malachite merupakan batu semi-hijau biru hijau yang merupakan salah satu bahan yang popular dan sudah lama digunakan di luar negara kerana kebaikannya untuk menyingkirkan kotoran pada kulit wajah.

Fungsi mineral kristal malachite adalah untuk mengekalkan tahap pH pada kulit kita. Tahukah anda pH kulit kita adalah sekitar 5.5? Dah pH kulit haruslah dikekalkan untuk mengelakkan kulit kering.

kulit kering

#2 NOIR SKIN REFINING ESSENCE

Melaleuca Alternafolia (Tea Tree) Leaf Oil atau lebih dikenali sebagai Tea Tree Oil. Tea Tree Oil dapat menenangkan kulit dan mengurangkab kegatalan dan kerengsaan akibat kulit kering.

Selain dapat merawat kulit kering, Tea Tree Oil juga popular akan keberkesanannya untuk merawat jerawat kerana ia bersifat anti-radang dan antimikroba.

Ia juga membantu merawat kemerah merahan pada kulit dan bantu mengurangkan bekas jerawat.

Selain itu, Noir skin Refining Essence juga mengandungi Yies Beras. Yies Beras amat kaya dengan kebaikkan dalam melindungi kulit kering, dan membaik pulih tekstur kulit.

Kalau nak tahu, Yies Beras terkenal pada zaman dulu kala di Jepun untuk melembabkan kulit kering.

#3 Noir Whitening Gel Hydrant Advance Formula

Moisturizer ini mengandungi Glycerin di mana ia merupakan salah satu bahan yang biasa digunakan hampir kesemua produk kecantikan. Glycerin adalah salah satu bahan yang memang terbukti merawat kulit kering.

Glycerin adalah pelembab yang sangat baik untuk kulit. Jika digunakan secara konsisten, kulit akan menjadi lembab dan segar dan anda boleh ucap selamat tinggal pada masalah kulit kering!

Bukan itu sahaja, glycerin juga bantu mengekalkan pH kulit anda.

#4 Noir UV White Foundation

Kalau menghadapi masalah kulit kering, sunscreen memang penting dalam skincare routine.

Apabila kulit kita kering, kulit lebih sensitif dan mudah terdedah pada masalah kulit lain seperti jeragat dan kanser kulit jika tidak menggunakan sunscreen.

Apabila memilih sunscreen yang sesuai, pilih lah sunscreen yang ada formula khas untuk melembabkan kulit wajah.

Noir UV White Foundation mengandungi Vitamin C, Vitamin B17 dan Vitamin E yang bertindak untuk melembabkan kulit. Apabila kulit dilindungi dari sinaran UV, masalah jeragat dan kanser kulit pun tak akan berlaku.

produk untuk kulit kering

#5 Noir Pure White

Selain menjaga luaran, dalaman pun penting. Berikan nutrisi yang cukup dengan Noir Pure White.

Noir Pure White merupakan supplement minuman yang mengandungi buah Camu Camu yang merupakan buah kedua tertinggi kandungan Vitamin C!

Vitamin C bagus untuk kulit kering kerana ia bertindak sebagai bahan aktif yang akan melembabkan kulit dari dalam. Apabila lembab dari dalaman, kulit wajah pun akan kelihatan lembab di luaran.

kulit kering

Ikuti  6 langkah ini dan cuba 5 produk yang disenaraikan secara konsisten dan pasti masalah kulit kering dapat diatasi.

Selamat mencuba!

– Zoe – 

Credit: Noir HQ